
Isu tuntutan tertunggak berjumlah RM4.4 juta melibatkan Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) dan sekumpulan penjamin berprofil tinggi kini menimbulkan kegemparan, termasuk spekulasi bahawa ia menjadi punca Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali sebagai Wan Bro, meletak jawatan sebagai Pengerusi Halal Development Corporation (HDC) baru-baru ini.


Dalam surat rasmi bertarikh 11 Mac 2025 (di atas) yang ditujukan terus kepada YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Khairul Azwan merayu campur tangan bagi menyelesaikan isu perundangan yang berlarutan sejak 2016. Surat itu turut ditandatangani bagi pihak tiga lagi penjamin:

Kerana Great Colour Holdings Sdn Bhd
Kes ini berpunca daripada tindakan saman EXIM Bank terhadap Great Colour Holdings Sdn Bhd & 5 pihak lain melalui Guaman Sivil No: WA – 22M – 190 – 10/2016. Kes tersebut telah diselesaikan melalui Perjanjian Penyelesaian bertarikh 2 Ogos 2021, di mana kesemua penjamin bersepakat untuk menjelaskan amaun tertunggak kepada EXIM Bank secara ansuran.
Namun dalam surat tersebut, Khairul Azwan mendakwa bahawa EXIM Bank telah menolak bayaran terakhir RM4.4 juta yang dibuat secara baik, dan membatalkan perjanjian penyelesaian lebih awal pada Januari 2024 – tanpa sebab munasabah. Beliau menyatakan bahawa ini merupakan suatu bentuk kezaliman terhadap mereka sebagai anak jati Malaysia yang ingin menyelesaikan isu secara bermaruah.
Antara permintaan mereka kepada Perdana Menteri termasuk ialah menarik balik semua prosiding mahkamah dan kebankrapan terhadap penjamin, memulangkan geran hartanah kepada RH Consortium, mengeluarkan surat pelepasan dan pengesahan untuk penjamin, serta membersihkan rekod kredit penjamin di CTOS dan CCRIS.
Difahamkan, peletakan jawatan Khairul Azwan sebagai Pengerusi HDC pada awal Mac 2025 berlaku hanya beberapa hari sebelum surat ini dihantar ke Pejabat Perdana Menteri. Tindakan ini dilihat sebagai usaha meredakan tekanan awam terhadap konflik kepentingan dan kemungkinan reputasi tercalar dalam kes hutang yang masih tertunggak.
Sementara itu sebagai CEO Jentayu Sustainables Berhad, penglibatan Datuk Beroz Nikmal boleh mengundang perhatian Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia atas prinsip tadbir urus korporat. Sekiranya beliau diisytihar muflis, beliau boleh hilang kelayakan untuk terus memegang jawatan dalam syarikat awam tersenarai.

Mac lalu syarikat Jentayu Sustainables Bhd yang dikuasainya bersama isteri mengumumkan pembatalan pengambilalihan aset hidro di Sabah, lebih tiga tahun selepas perjanjian tersebut dimeterai pada September 2021. Semuanya kerana Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menolak permohonan syarikatnya untuk mendapatkan lanjutan tempoh bagi menyelesaikan perjanjian tersebut. Pendek kata Jentayu yang dulu IPMuda Bhd bekas milik Tan Sri Abu Juling berdepan masalah kewangan untuk menyelesaikan projeknya di Sabah.
Jentayu Sustainables Bhd merupakan syarikat anak emas kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong apabila pada September 2024 atas kuasa SKN Jenteyu menerima Letter of Notification (LON) daripada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECOS), Jentayu meneruskan pembangunan Project Oriole (162 MW) di Hulu Sungai Padas, Sipitang, Sabah
Lebih istimewa anak SKN Aqilah Safar merupakan Naib Presiden II Pembangunan Aset Tenaga Jentayu Sustainable Bhd. Semua yang menjadi mudah ini akan sukar jika Datuk Beroz Nikmal muflis.
Keluarga Tan Sri Abu Juling memang hebat, baru-baru ini SPRM juga telah membekukan aset hampir RM100 juta aset Tan Sri Abu Juling kerana penyelewengan ratusan juta ringgit dana sukuk dan pinjaman bank bagi pembinaan MEX II.
Sementara itu Suboh bin Mohd Yassin pernah menjadi saksi penting dalam siasatan kes SRC International dan skandal 1MDB. Beliau kini dinamakan dalam tindakan sivil oleh SRC yang sedang berjalan. Ini menambah tekanan terhadap reputasi beliau yang sebelum ini sudah tercemar akibat penglibatan dalam skandal kewangan negara.
Firmansyah Aang, atau dikenali sebagai DEX ‘Budak KJ’, pula terlibat dalam sektor korporat melalui pelantikan sebagai Pengarah Bebas GIIB Holdings dan bekas Pengerusi Green Packet. Penglibatan beliau dalam kes EXIM Bank meletakkan spotlight terhadap syarikat berkaitan, khususnya dari sudut tadbir urus dan keyakinan pelabur. Apakah beliau akan kekal di syarikat senarai awam?

Surat rayuan Wan Bro telah disalurkan semula oleh Pejabat Setiausaha Politik Menteri Kewangan kepada Presiden & CEO EXIM Bank, Puan Nurbayu Kasim Chang, untuk penelitian lanjut. Namun nampaknya Puan Nurbayu Kasim Chang tidak melayan kerjasama ini.

Bagaimanapun netizen mempersoalkan bagaimana seorang Setiausaha Politik boleh meminitkan sesuatu arahan kepada Presiden/CEO EXIM Bank kerana beliau tidak mempunyai kuasa mengenainya.
Sehingga kini tiada penyelesaian walaupun segala surat menyurat tular di laman sosial. Jika Khairul Azwan Harun dan 3 lagi penjaminnya dimufliskan Exim Bank pasti akan memberi kesan kepada semua penjaminnya yang kini menjadi Lembaga pengarah di pelbagai syarikat senarai awam.